My Photo
sabariah noor
mencatat mimpi..
View my complete profile

Saturday, November 28, 2009

Cinta Laila dan Qais

coming soon..

Karya agung

"Untuk menghasilkan satu karya agung, engkau harus menghayati pengalaman karya itu dahulu" - Sabariah Noor

Mari belajar bahasa #3 (bunyi-bunyian)

Kadang-kadang no plat kereta boleh jadik satu perkataan lain. Contoh:

BGR - Burger
CAX - Cak
SU - SU
WTF - What the fish?
WMT - ???

Kalau kereta rosak, mesti pomen tanya, "Macam mana bunyik kereta?"

a. ngek ngek
b. eeekk ngek eeeek ngek
c. eeekk eeekk eeekk

Aku akan jawab, " Kereta saya buat bunyik macam rimau mengaum. Aum, aum!"

*sangat kekeringan idea untuk entry kali ini

sorry seems the hardest word

I spell
The word "sorry"
Whenever you are around

Mumble it
Through my heart
Hoping you can hear it

Sunday, November 22, 2009

Bakery



yang ini ok tak?

Thursday, November 19, 2009

Kereta Mesin Masa 3 - Tom

Kereta mesin masa - Mr LB

Titisan air mata mula gugur dan sepantas kilat,Mr. LB lenyap bersama-sama kereta seperti disedut masuk kedalam satu lubang gelap. Sastika hanya mampu memandang dan sempat memegang erat jari jemari Mr. LB. Seperti tidak mau dilepaskan.

Sastika membisikkan nama Mr. LB di dalam hati buat kali terakhir.

# # #

Dr. Bob menukarkan masa, tarikh dan lokasi COMB 1 mengikut spesifikasi yang disediakan oleh Sastika.

Masa : 11.00 pagi
Tarikh : 15 Jun 2003
Lokasi : Sunshine bay

Hembusan angin terasa di setiap inci liang-liang roma Sastika. Sastika sedut dalam-dalam. Masin. Udara masin ini yang dirindui Sastika.

Jiwanya rasa tenang. Lapang.

Sastika tarik nafas dalam-dalam sambil menutup mata. Menikmati setiap inci rasa menusuk membuat jiwanya meremang.

Dia seorang saja di situ. Di satu pangkin berteduhkan sepohon pokok ru yang rendang. Sastika cuma merenung laut biru yang tidak berpenghujung sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi motorsikal.

"Preng,preng!"

Tom : Dah lama sampai?

Sastika : Mmm..boleh lah jugak. Pesal lambat?

Tom : Tadi..Ada hal sikit.

Sastika : Zee?

Tom : Yup. Hantar dia pergi library kejap.

Sastika : Dia tau tak kau nak jumpa aku kat sini?

Tom : Tau.

Sastika : Ok. So, ape cerita?

Tom : Pasal Zee.

Sastika : Boleh tak kalau kau berhenti mengadu pasal Zee kat aku walaupun Zee tu kawan baik aku.

Tom : Aku tak tau nak cerita kat sape. Aku kawan baik kau jugak kan?

Sastika : Please lah. Lagi kau buat macam ni, lagi kau menyeksa aku. Tau tak?

Tom : Tapi, aku just boleh cerita kat kau sorang je. Kau je yang paham aku.

Sastika bangun menuju ke kereta mesin masa meninggalkan Tom bersama-sama jiwa pedih. Harapan untuk meluangkan masa bersama-sama Tom seperti selalu terus dilupakan.

Imbasan kenangannya bersama-sama Tom bermain di benak fikiran. Sastika memandang ke arah Tom buat kali "terakhir". Di pangkin mereka selalu berkongsi cerita.

Sastika terus memandu. Dongak ke langit yang tadinya biru kini menjadi kelabu. Titik-titik hujan gugur setompok setompok.

Sastika terus memandu menuju ke satu arah. Ke satu lorong gelap yang di hujungnya terdapat lingkaran cahaya biru. Sastika pandu laju-laju. Mahu meninggalkan Tom, pangkin itu, pokok ru itu dan semua yang ada di sekeliling pada waktu itu.

Tuesday, November 17, 2009

Q&A

Setiap kali lepas habis seminar, biasanya akan disudahi dengan Q&A session. Pada hari first seminar, ada sorang pak haji angkat tangan.

Pak haji : Saya nak tanya.

Penceramah : Ya, silakan.

Pak haji : Q&A tu apa?